Powered by Blogger.

Klinik Dr. Wong Pakar Telinga, Hidung & Tekak

Klinik Dr. Wong Pakar Telinga, Hidung & Tekak

Salah satu klinik pakar Telinga, hidung dan tekak di Kuching adalah Klinik Dr. Wong, Timberland Medical Centre .

Kali pertama saya mendapatkan rawatan di Klinik Dr. Wong ini adalah pada tahun 2012. Ketika itu, telinga sebelah kiri saya tidak dapat dengar apa-apa bunyi lagi setelah tetiba terdengar bunyi sound sistem yang tiba-tiba kuat. Berdesing terus telinga lepas dengar bunyi kuat tu, dan sehari selepas terus telinga kiri hilang fungsi.

Saya tahu berkenaan klinik ini daripada kawan yang pernah mendapatkan rawatan telinga di sini dan dia juga bagitahu kos rawatan di sini tidak lah mahal sangat. Masih mampu milik.

Selepas mendapat rawatan di Klinik Dr Wong ni, barulah telinga sebelah kiri saya berfungsi sepenuhnya. Rupa nya wax atau lebih dikenali sebagai taik telinga yang dah keras terkumpul banyak. Tu yang dah takda ruang untuk bunyi masok. Hahahaha..

Apa apa pun kalau anda punyai masalah telinga, better pergi klinik Dr Wong ni. Memang terbaik. Sekarang ni pun tengah bawa ayah saya yang punyai masalah sama. Dan rupanya jangkitan kulat di telinga. Hahaha. Dan sekarang selepas rawatan, ayah bagitahu telinga dia dah dengar sepenuhnya. Alhamdulillah . Kos rawatan nya pula adalah RM170. Fuh naikk dah.. dulu kos rawatan saya tak sampai pun rm100 tapi tu 4 tahun yang lepas. Harga tak penting, yang penting sekarang masalah telinga ayah dah pulih. Syukur.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Klinik Dr. Wong Pakar Telinga, Hidung & Tekak"

Kalau untuk budak bawah dua tahun yg ade tahi telinga keras..klinik ni buat ker

Utk tahi telinga keras memang dr ni ada buat, just utk kanak2 bawah dua tahun sy tak sure pulak. Boleh call klinik dulu tanya.

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top