Powered by Blogger.

Review Vaseline Intensive Care

Review Vaseline Intensive Care

Kali terakhir saya guna produk Vaseline Intensive Care atau lebih dikenali sebagai Vaseline Petroleum Jelly ini adalah pada tahun 2004 iaitu ketika saya berumur 16 tahun. Yelah, sebab waktu tu, produk ni je yang murah dan sesuai. Memang berkesan guna Vaseline ni untuk masalah bibir kering dan tangan kering.

Baru-baru ini, saya mempunyai masalah kulit pada jari tangan yang teruk mengelupas dan menyebabkan sistem thumb print sukar untuk kesan cap jari. Kebetulan adik yang nak pergi latihan polis kirim untuk belikan dia Vaseline ni, itu yang saya teringat nak beli satu untuk diri sendiri. Haha. Harga pun murah. RM5.10.

Setelah 2 hari amalkan sapu jari tangan dan bibir saya dengan krim Vaseline ni, Alhamdulillah, masalah kulit kering dan mengelupas telah pulih sepenuhnya. Dan yang penting, saya lebih mudah nak thumb print. Haha. Bibir kering juga berkurangan sedikit, takda mengelupas lagi. Syukur Alhamdulillah.

Jadi, adik kakak luar sana yang ada masalah kulit kering dan bibir kering mengelupas, boleh lah amalkan guna produk Vaseline Petroleum Jelly ni ok. Berbaloi-baloi.
Vaseline Intensive Care
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Review Vaseline Intensive Care"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top