Powered by Blogger.

Temujanji dengan Pakar Jantung Klinik Specialist Jantung di Pusat Jantung, Kota Samarahan

Temujanji dengan Pakar Jantung Klinik Specialist Jantung di Pusat Jantung, Kota Samarahan

Pusat Jantung, Kota Samarahan


15.8.2016, hari Isnin yang lepas adalah temujanji aku dengan pakar jantung di Pusat Jantung , Kota Samarahan ni. Tujuan utama aku dirujuk ke sini adalah untuk cardiologist review keadaan jantung aku samada aku dibenarkan untuk mengandung atau tidak. Kiranya masa depan aku ni, bergantung dah dengan keputusan cardiologist ni.

Mula-mula waktu nama aku dipanggil oleh cik misi, aku dibawa untuk buat ECG dan setelah selesai ECG, aku disuruh untuk buat scan jantung pulak. Scan jantung ni untuk tengok keadaan dan progress injap aku. Ohya, masalah jantung aku adalah 'Mitrale Valve Prolapse'.

Selesai scan dan dapat keputusan scan, aku kena bawak semula keputusan scan pergi ke klinik specialist tadi untuk bertemu pakar pula. Dalam tempoh 15-20 minit, seorang doktor perempuan panggil nama aku dan dibawa masuk ke bilik doktor. Setelah review aku punya kes dan setelah berbincang dengan pakar , Alhamdulillah, aku dibenarkan untuk mengandung dengan syarat, apabila aku mengandung nanti, aku mesti dirujuk semula ke pusat jantung untuk dipantau keadaan jantung aku.

Syukur Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana makbulkan doa aku selama ini. Selama sebulan lebih aku tanggung kerisauan di hati dan akhirnya aku boleh untuk tarik nafas lega. Dan sekarang, aku kena tunggu keputusan ujian ultrasound bagi masalah ketumbuhan di breast sebelah kanan pula. Rasa berat betul ujian aku ni. Tapi siapa aku nak menidakkan semua ujian Ilahi ini. Semoga aku terus kuat dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan hidup ini.

Stay happy , stay cool and stay positive!!!

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Temujanji dengan Pakar Jantung Klinik Specialist Jantung di Pusat Jantung, Kota Samarahan"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top