Powered by Blogger.

Senarai Menu Diet atau Resepi Diet

Senarai Menu Diet atau Resepi Diet

Sekarang dalam proses diet. Ops. Bukan saya, tapi suami saya. Jadi kena slow-slow kurangkan nasi, banyakkan lauk dan sayuran. Baru ja mula berdiet untuk beberapa hari ini. Dan di sini saya nak kongsi menu diet atau Resepi diet yang mungkin boleh jadi panduan buat anda kat luar sana.

Menu diet saya ini mungkin ada melanggar pantang sedikit ye. Sebab ni menu diet untuk win-win situation. Sebabnya saya yang kurus ni pun perlu makan dan tak nak makin keding. Haha. Jom terjah beberapa menu yang saya buat. Mudah dan sedap. 

Senarai Menu Diet atau Resepi Diet

Menu Diet Hari Pertama (22/8/2016)
Resepi Telur dadar dan Sayur kacang panjang + sosej + kentang

Menu Diet Hari 1

Bahan-bahan:

1 biji telur
4 tangkai sayur kacang panjang dipotong pendek
3 ulas bawang putih dipotong kecil
1 tangkai cili kering digunting nipis.
1 biji kentang (dipotong dadu kecil)
1 batang sosej dipotong kecil
2 sudu sos tiram
2 sudu makan air putih
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1.Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kering , dan masukkan kentang. Gaul rata hingga kentang masak.
2. Masukkan sosej dan gaul hingga garing.
3.Masukkan sos tiram dan air sedikit (2 sudu makan). Gaul rata.
4. Masukkan sayur kacang panjang. Gaul hingga masak.
5. Goreng telur dadar di kuali asing. Dan siap untuk dihidang.

Menu Diet Hari 2 (23/8/2016)
Resepi Ayam Campur Kacang Panjang Masak Kunyit

Menu Diet Hari 2


Bahan-bahan:
500 gram isi ayam bahagian dada
10 tangkai kacang panjang. Potong pendek.
2 biji bawang merah potong kecil
4 ulas bawang putih potong kecil
Serbuk kunyit
1 sudu besar air putih
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Perap isi ayam dengan kunyit dan garam, dan goreng separa masak. Dah siap goreng, letak dalam bekas.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata. Masukkan air putih dan perasa garam secukup nya.
4. Akhir sekali masukkan kacang panjang, gaul rata hingga masak. Siap!!!

Menu Diet Hari 3 (24/8/2016)
Resepi Sayur Brokoli masak Tiram + telur dadar


Sayur Brokoli masak Tiram + telur dadar 


Bahan-bahan:
Sayur brokoli
1 ulas bawang merah dipotong halus
2 ulas bawang putih dipotong kecil
2 cili padi
3-4 ekor ikan bilis
2-3 sudu sos tiram
Sedikit air putih
1 biji telur digoreng dadar.

Cara-cara:

1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis hingga naik bau.

2. Masukkan sos tiram dan air, biar hingga mendidih.

3. Masukkan sayur brokoli, gaul rata. Sedia untuk dihidang bersama telur dadar.


Menu Diet Hari 4 (25/8/2016)
Resepi Sayur Kobis Manis  + Beef Burger


Bahan-bahan:

Kobis Manis
1 ulas bawang merah potong kecil
2 ulas bawang putih potong kecil
1/2 ulas bawang besar potong kecil
4-5 ekor ikan bilis
2 sudu makan sos tiram
Sedikit air

Beef Burger ( Goreng asing)

Cara-cara:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga naik bau.

2. Masukkan sedikit air dan sos tiram dan biarkan mendidih.

3. Masukkan sayur kobis dan gaul rata hingga masak.

4. Goreng beef burger. 1 slice cukup la.. haha.




Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Senarai Menu Diet atau Resepi Diet"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top