Tips Elak Nasi Cepat BASI

Tips Elak Nasi Cepat BASI

Hari ini saya nak kongsi satu tips untuk elak nasi yang dimasak daripada cepat BASI. Tips ni mungkin ramai otai memasak dah tahu pun, just saya nak kongsikan lagi untuk panduan para beginner seperti saya 😂.

Tips untuk elak nasi cepat basi adalah dengan membasuh beras sehingga air menjadi jernih seperti dalam gambar. Waktu basuh beras, bilasan air yang keruh putih tu la yang kaya dengan kanji dan menyebabkan nasi yang dah masak nanti cepat basi. Korang try dulu basuh beras hingga dapat air jernih tu dan baru sukat sebelum ditanak. Insyaallah, nadi mampu bertahan dan elok hingga 2 hari.

Saya berani share, sebab saya dah buat dan memang pun nasi tahan lama dan tidak cepat basi. Selamat mencuba.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon