Powered by Blogger.

Annuar BBQ Steamboat Still The Best!

Annuar BBQ Steamboat Still The Best!

Rasanya kali terakhir saya bersteamboat di Annuar BBQ Steamboat ni adalah tahun lepas. Dekat setahun lebih juga tak jejak kali kat sini. Dulu harga seorang adalah RM21 kalau tak silap la.

Dan harga terkini per Head di Annuar BBQ Steamboat ni pada tahun 2016 adalah RM25 untuk dewasa (12 tahun ke atas) dan RM12 untuk kanak-kanak (4 tahun ke 11 tahun) dan FREE untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah.

Apa yang menarik di Annuar BBQ Steamboat ni adalah terdapat banyak menu makanan yang ready to eat. Antaranya adalah Nasi Briyani, Kari Kambing, Laksa Penang, Mee Kampua, Laksa Sarawak, Ayam Pansoh, dan ABC Cendol. Kalau rasa malas nak masak tu atau dah lapar tahap gaban, boleh makan dahulu makanan ready to eat ni. Bak kata orang, buat alas perut dulu.

Annuar BBQ Steamboat 

Antara menu-menu yang ada untuk di bakar adalah daging kambing, daging lembu, ikan, kupang, ketam, daging ayam, udang, fishball dan banyak lagi. Bahan-bahan untuk buat Sup atau tomyam pun banyak jenis. Tinggal nak pilih dan masak je lagi.

Lepas dah kenyang dan puas makan daging panggang, ketam tomyam, ha TIBA masanya pulak untuk berdesert dengan ABC , Cendol dan aiskrim. Makan sampai puas dan kenyang. Takda limit masa tau. So far saya berpuas hati dengan Annuar BBQ Steamboat ni. Harga berbaloi dengan pilihan yang banyak. Sangat recommended.

Harga Annuar BBQ Steamboat 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Annuar BBQ Steamboat Still The Best!"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top