Powered by Blogger.

Tanda Gejala Migrain dan Cara Mengatasinya

Tanda Gejala Migrain dan Cara Mengatasinya

Migrain salah satu masalah kesihatan yang kerap menghantui saya. Bila dah kena migrain ni memang dah tak boleh buat apa, sebab yang pastinya pandangan mata akan blur, dan juga badan rasa tak bermaya.

Antara tanda dan gejala migrain yang saya alami adalah seperti berikut;
  • Pandangan menjadi blur atau tidak fokus
  • Kepala akan rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu.
  • Muntah dan loya 
  • Sensitif dengan cahaya
  • Sensitif dengan bunyi bising
  • Badan rasa lemah dan kebas


Bagaimana saya nak mengurangkan atau melegakan kesakitan migrain saya ni? Sebenarnya untuk sembuh daripada migrain ni mengambil masa juga, tapi paling sekejap satu hari dan saya pernah kena migrain 3 hari berturut-turut.

Antara cara saya untuk mengatasi atau mengurangkan sakit migrain saya ini adalah dengan ;

  • Berehat dalam bilik yang gelap dan pasang kipas.
  • Elakkan bunyi bising. Makin dengar bunyi bising, sakit kepala tu akan bertambah sakit.
  • Jangan tahan muntah. Kalau rasa nak muntah tu, muntah saja terus.
  • Last pilihan adalah dengan makan ubat actifast Panadol. Selalunya kalau saya, actifast ni dah tak berkesan tapi bolehlah untuk melegakan sedikit rasa sakit tu.


Cara-cara di atas adalah cara saya ketika berhadapan dengan migrain. No choice, kalau hari bekerja tu, kalau kena migrain memang terpaksa minta cuti atau sickleave. Sayang tau dengan cuti , tapi tu lah takda pilihan lain.
Sumber gambar: http://907chiro.com/what-are-common-causes-of-migraines-and-blurred-vision/
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tanda Gejala Migrain dan Cara Mengatasinya"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top