Powered by Blogger.

Kopi Tarik Super Kaw

Lain yang di order lain yang datang. Order Teh Tarek dihidang nya Kopi Tarik Kaw. Adoih. Tak kisah sebenarnya sebab aku pun dah lama tak minum kopi. Rasanya dah berbulan juga aku dah tak minum kopi.
Jadi bila dah lama tak minum kopi, tiba-tiba bila dah balik rumah ni, dada rasa sesak pula. Nafas rasa macam tak cukup ja. Ni memang tak lain memang penangan kopi Tarik Kaw tadi.

Rasanya lepas ni memang aku dah kena stop minum kopi , Nescafe atau apa-apa jenama kopi yang lain. Sebab tak best betul rasa dada aku ni lepas minum kopi. Bila baca doa pun rasa tak cukup nafas. Hmm. Stop stop stop kopi dah. Bak kata orang Sarawak, jerak aku. Haha.

Sebenarnya kalau ada masalah jantung memang tak digalakkan minum kopi. Hehehuhu. Silap aku juga. So kena minum air putih banyak ni untuk pulihkan balik keadaan badan aku ni.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kopi Tarik Super Kaw"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top