Powered by Blogger.

Mee Kolok Mangkok Merah @ Haida Cafe, Satok

Mee Kolok Mangkok Merah @ Haida Cafe, Satok

Malam semalam, tiba-tiba teringin nak makan mee Kolok Mangkok Merah yang pernah famous suatu ketika dahulu di Benteng Satok. Sekarang Mee Kolok Mangkok Merah dah beroperasi di Haida Cafe. Masa operasi saya tak sure tapi yang pasti saya gi makan ni malam. Haha. Siang tak tau bukak ke tak.

Saya order semangkok MEE KOLOK MANGKOK MERAH biasa yang berharga RM3.50. Murah dan berbaloi. Kalau nak extra mee dan extra daging boleh request dan harga pun yang pasti extra juga la ya.
Lokasi Haida Cafe ni adalah sederet dengan Khan Sahabat Cafe di Satok. Untuk lebih jitu lagi, kedai ni tidak jauh dari tangga jambatan nak ke Bangunan Wisma Satok. 

Selain ada mee Kolok Mangkok Merah, kat Haida Cafe ni juga ada stall yang jual sate, nasi goreng cornbeef, mee Hailam, mee kari, nasi ayam, sup tulang dan banyak lagi. Cepat-cepat pergi cubaaaa...

Mee Kolok Mangkok Merah
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Mee Kolok Mangkok Merah @ Haida Cafe, Satok"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top