Powered by Blogger.

Resepi Sambal Tempe Kacang Rangup dan Sedap

Resepi Sambal Tempe Kacang Rangup dan Sedap

Hari ini saya nak kongsi satu resepi mudah kudapan harian yang sangat sedap dan yang penting rangup. Resepi tersebut adalah Resepi Sambal Tempe Kacang yang rangup dimakan sambil riang gembira. Haha. Jom terjah . Resepi ni sangat banyak tau, bolehlah untuk jual atau sedekah dengan saudara MARA kalau nak.

Resepi Sambal Tempe Kacang Rangup dan Sedap
Kredit to: My Bonda tercinta KAK YOT

Bahan-bahan:
1kg kacang (digoreng)
10 bungkus tempe (dipotong kecil dan digoreng garing)
500gram ikan bilis (digoreng garing)
2 tongkol Bawang putih (ditumbuk lumat)
1/2 botol sos cili life medium
8 sudu makan gula
1 sudu makan madu
Setengah sudu mkn garam
Minyak sedikit untuk menumis

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih hingga garing.
2. Masukkan sos, gula , madu dan garam hingga separa likat.
3. Masukkan  tempe TERLEBIH dahulu. Gaul rata.
4. Masukkan kacang dan ikan bilis . Gaul rata.
5. Siap untuk dihidang.

Mudahkan. Bak kata my bonda, budak kecik pun pandai buat. Haha. Sadis betul.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Sambal Tempe Kacang Rangup dan Sedap"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top