Powered by Blogger.

Tempe Asli Wak Shawal di KubahRia Kuching

Tempe Asli Wak Shawal
Tempe Asli Wak Shawal di KubahRia Kuching

Khamis lepas saya tiba-tiba teringin nak makan tempe goreng. Tapi time teringin tu sangat tidak cun sebabnya waktu tu dah pukul 10 malam. Mana nak cari orang jual tempe waktu-waktu macam tu.

Keesokkan nya saya pergi ke Pasar Tani Kubah Ria Kuching untuk beli tempe di salah satu kiosk iaitu kiosk Tempe Asli Wak Shawal. Jadi, kalau kat Kuching ni, salah satu tempat nak beli tempe adalah di Tempe Asli Wak Shawal yang terletak di Pasar Tani Kubah Ria, Kuching.

Apa yang bestnya beli di Kiosk Tempe Asli Wak Shawal ni adalah, satu petak tempe berharga RM1.00 sahaja dan jika kita beli 10 bungkus, mereka akan bagi satu free. Best kan. Ohya kalau rasa nak makan tempe yang tebal, terdapat juga tempe yang berharga RM2.00. pun sedap makan jenis yang tebal ni. Memang terasa la keenakan kacang soya dia. Fuhhh.

Tempe goreng dengan garam dan kunyit pun dah cukup. Kalau nak lagi sedap tempe letak garam sedikit dan tabur dengan tepung bestari pedas, lagi Perghhhh.

Tempe Asli Wak Shawal

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tempe Asli Wak Shawal di KubahRia Kuching"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top