Tips Elak Cili Segar Cepat Buruk

Tips Elak Cili Segar Cepat Buruk

Tips ni saya dapat dari Facebook, tips yang orang pakar share, baca then lupa mana dapat info tu.

Yang pasti tips ni memang berguna betul dalam memastikan cili segar tidak cepat buruk.

Caranya adalah dengan meletak alas tisu pada dasar bekas bertutup sebelum meletak cili segar. Setelah letak cili, tutup bekas tersebut (guna bekas yang ketat tutup dan kedap) dan letak dalam peti sejuk bahagian chiller ye. Jangan difrozen pulak.

Saya dah ikut tips ni dan memang cili tahan lama dan tidak cepat buruk. Lebih 4 minggu, cili masih dalam keadaan segar. Tak percaya, anda cuba lah. Insyaallah jimat dan tidak membazir dari membuang cili yang buruk.

Tips penyimpanan cili segar

Baca juga:

0 Comments



Emoticon