Powered by Blogger.

Follow-up Braces Bulan Ke 10 : 25/11/2016

Follow-up Braces Bulan Ke 10 : 25/11/2016
Pejam celik pejam celik tak sangka dah 10 bulan juga saya memakai Braces ni. Itu lah orang cakap, nak pakai Braces ni hati kena kuat. Huhu.

So far part makan takda masalah sangat, just tak boleh nak menggigit makanan yang keras-keras dan kalau nak makan burger pun kena potong-potong guna sudu & garfu. Still ok la kan. Abaikan kalau orang cakap korang kena makan bubur selama setahun la apa lah. Tak betul pun. Saya ni, ok je makan . Makin naik berat ada lah. Haha.

Ok lah, Follow-up kali ke 10 ni saya request dengan Dr.untuk cuci plak pada bahagian gigi bawah saya. Yang ni sebab malas la ni, sampai sisa makanan mengeras. Korang jangan malas berus tau, sebab time Dr. Cuci gigi saya ni, saya rasa menyesal pulak suruh Dr. Cuci. Ngilu nya ya ampuunnn.. Sampai cengkam ke tulang. Serik aku.

So far belum ada perubahan yang sangat ketara. Just gigi paling depan bahagian bawah dah menjarak.. Maybe Dr. Nak bagi gigi-gigi tu kasi susun cun-cun. Hope next month punya apoinment ada perubahan yang ketara la ya. Moga dapat di kongsi dengan anda semua. 

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Follow-up Braces Bulan Ke 10 : 25/11/2016"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top