Powered by Blogger.

Review Cushion Cover The Faceshop

Review Cushion Cover The Faceshop

Setelah guna cushion cover IOPE milik adik, terus saya teruja nak beli cushion cover juga. cushion cover IOPE ni memang mantap lah, lepas pakai terus tak nampak BLACKHEAD di hidung ni. Memang terbaik.
Just satu je saya tak berkenan dengan iope ni, ia agak melekit dan sangat meninggalkan kesan pada handphone selepas jawab call.

Selepas survey cushion cover di beberapa website seperti Hermo dan Althea , saya berkenan dengan cushion cover tattoo secret key, tapi code 203 natural beige takda pulak. Frust juga lah.

After minta opinion dari member, saya usha cushion cover dari the faceshop dan pergi ke branch the faceshop di Vivacity. 
Promoter di sana suggest saya untuk guna Cushion Cover Intense Cover disebabkan masalah muka saya yang berminyak di t zone dan kering di bahagian pipi.


Boleh tahan juga cc ni, sebabnya tidak melekit selepas di apply di muka dan color natural beige dia memang blend dengan color kulit saya. Harga pula adalah RM88.50 dan selepas ditolak 5% sebab guna keahlian member, saya dapat harga Rm84.50.

So far, cushion cover the faceshop ni memang best. Sangat natural. Salah satu fungsi Intense Cover ni juga adalah membantu dalam mencerahkan kulit dan membantu dalam melindungi wajah daripada sinaran mentari.. 

Cushion Cover TheFaceshop
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Review Cushion Cover The Faceshop"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top