Powered by Blogger.

Hidangan Indonesia di Bumbu Cafe, Icom Square

Hidangan Indonesia di Bumbu Cafe, Icom Square

Tercari-cari masakan atau hidangan ala Indonesian di Kuching, Sarawak? Anda boleh berkunjung ke Bumbu Cafe di Icom Square, Kuching Sarawak.

Bumbu Cafe adalah sebuah restoran yang berkonsepkan Indonesian Food dan majoriti pekerja dan tukang masaknya adalah dari Indonesia. Tidak hairan lah masakan lauk-pauk di sini mempunyai keunikan dan kesedapannya tersendiri.
Walaupun harga di sini agak pricey, saya boleh katakan anda pasti akan rasa SANGAT-SANGAT berbaloi dengan setiap sen yang anda keluarkan.

Hidangan yang kami order hari tu adalah Ayam Bakar Dilimpahi sos kicap, sayur bayam goreng crunchy, tempe bacem, cucur goreng, dan hidangan sambal kentang. Semuanya sangat sedap dan mempunyai rasa tersendiri.




Yang sangat menarik perhatian saya di sini juga adalah set sambal dan ulaman yang free , di mana sambal cili hijau dan satu lagi sambal sangat sedap dan sangat pedas.. Terbaekkk.. Tak tahu pulak nama sambal. Hidangan kat sini pun nama agak pelik-pelik.

Saya tak dapat nak bagi detail setiap harga menu yang kami makan , sebabnya ini kawan yang belanja.  Malulah pulak nak tanya. Haha. Sebelum anda order setiap menu, tengok dulu tau harga, kang terkezuttt jantung korang time nak bayar. 

Apa-apapun, walaupun mahal, memang sangat tidak mengecewakan. Layanan pekerja pun sangat tip top.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Hidangan Indonesia di Bumbu Cafe, Icom Square"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top