Powered by Blogger.

Vietnam Mask Berkesan Tanggalkan BLACKHEAD degil!

Vietnam Mask Berkesan Tanggalkan BLACKHEAD degil

Vietnam Mask Berkesan Tanggalkan
BLACKHEAD 


Vietnam Mask ni adalah salah satu produk yang berasal dari negara Vietnam?? Yeke? Mungkin lah kot sebab bahasa kat botol ala-ala Thailand atau Vietnam atau Myanmar. Haha. Redah je lah.

Produk ni saya beli dari salah seorang seller online di Facebook. Sebotol kecil cinonet Vietnam Mask ni berharga RM4.00. Dulu saya pernah beli dengan harga RM5.00. Mungkin terdapat banyak sangat lambakan produk ni di online market, tu yang drop harga.

Actually sebelum ini saya memang dah pernah guna Vietnam Mask ni dan sangat berkesan dalam menanggalkan BLACKHEAD yang berleluasa di hidung dan bawah bibir saya.


Anda boleh tengok gambar yang saya attach kan di sini bagaimana saya menggunakan Vietnam Mask ni. Cara penggunaan Vietnam Mask ini adalah dengan menyapu krim Vietnam Mask pada kawasan BLACKHEAD kita dengan menggunakan cotton bud dan seterusnya tekapkan 1 lapisan kertas putih yang disertakan sewaktu pembelian. Kalau letak kat hidung, saya akan guntingan dua  garis bagi mudah kertas tu nak ditetapkan pada hujung hidung.

BLACKHEAD yang tertanggal kesan dari
Penggunaan Vietnam Mask

Saya juga sertakan bersama gambar hasil tangkapan atau tuaian BLACKHEAD saya pada hidung dan kawasan dagu. Meriah kan BLACKHEAD saya. Saya takut nak picit-picit lagi BLACKHEAD ni, sebab semalam dah picit dan terus naik jerawat. -_-

Bagi mereka yang mempunyai BLACKHEAD yang sangat meriah, boleh lah guna produk Vietnam Mask ni ya. Sangat berkesan dan 'HIGHLY RECOMMENDED '.
Vietnam Mask
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Vietnam Mask Berkesan Tanggalkan BLACKHEAD degil!"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top