Resepi Ayam Goreng Rangup Ala KFC
Buat mereka yang minat makan ayam goreng KFC tapi tak mampu nak hadap harga seketul ayam yang makin mahal,boleh lah cuba resepi mudah ayam goreng rangup ala kfc ni ok. Bahan pun mudah dan cara buat nya pun senang sahaja.
Resepi Ayam Goreng Rangup Ala KFC
Bahan-bahan diperlukan:
5 ketul isi ayam bahagian dada
5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 sudu kecil garam
Lada hitam kasar
2 biji telur
Serbuk goreng ayam kentucky
Serbuk roti putih
3 sudu makan tepung jagung
Minyak untuk mengoreng
5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 sudu kecil garam
Lada hitam kasar
2 biji telur
Serbuk goreng ayam kentucky
Serbuk roti putih
3 sudu makan tepung jagung
Minyak untuk mengoreng
Cara membuat:
1. Perap ayam dengan bawang putih dan garam, seterusnya tabur lada hitam.
2. Pukul telur dalam mangkuk. Campur serbuk goreng ayam kentucky, serbuk roti putih dan 3 sudu makan tepung jagung ke dalan pinggan.
3. Masukkan isi ayam ke dalam campuran tepung, serbuk roti dan tepung jagung tadi. Pastikan campuran tepung tadi rata pada keselurahan isi ayam.
4. Selepas itu, masukkan isi ayam tersebut ke dalam adunan telur dan dicelup semula ke dalam campuran tepung tadi. Buat step 3&4 untuk isi ayam seterusnya.
5. Panaskan minyak dalam periuk kecil untuk deep fry. Setelah minyak panas, goreng isi ayam satu persatu hingga masak kekuningan.
6. Sedia untuk dihidang.
Resepi Ayam Goreng Rangup ala KFC |
0 Comments