-->

Aroma Desa Special Penyet, Matang Metrocity

Aroma Desa Special Penyet, Matang Metrocity

Malam-malam kalau tak tahu mana lagi tempat untuk dituju bagi makan malam, sangat suggest korang try di Restoren Aroma Desa Special Penyet, Matang Metrocity. Restoren ni bukak jugak siang tapi tak tau exact pukul berapa start bukam dan tutup. Yang pasti saya pernah ke sini sekitar pukul 10 malam.

Dah nama nya pun special penyet kan, ofcourse lah special menu nya pun segala yang penyet. Yang bestnya kat sini ada pelbagai jenis lauk penyet dia. Dari ayam, kambing, sapi, itik (bebek), bawal, keli hinggakan ke iga pun ada. Menurut pelayan di sana tulang iga ni adalah tulang rusuk sapi. Entahlah betul la tu kot. Dalam bahasa indonesia.

Harga menu kat sini pun tidaklah terlalu mahal dan tidaklah juga murah. Bagi saya berbaloilah dengan kesedapan hidangan dan juga keselesaan di restoren tersebut. Kalau korang nak lepak dan rileks dengan famil, restoren ni sangat sangat sesuai. Persekitaran yang cantik , selesa dan luas.
Yang pasti pelbagai menu hidangan ada di sini. Sampai korang pun tak tahu nak cuba yang mana.

Oklah menu yang saya order di sini adalah kambing penyet set nasi (RM11.90), mee crispy (RM9) dan sup tulang A.D (RM8.90). Air pula 3 sour plum (RM3.50) dan sup buah special (RM8.00).

Sup Buah Special


Sup buah ni memang highly recommend lah. Memang sedap, kaya dengan buahan dan rasa pun perghhhh. Kambing penyet pun sedap sangat, kambing tak liat dan yang pasti sedap cicah dengan sambal. Fuhh. Mee crispy pula, husband cakap sedap. Saya rasa sedikit sahaja dan bagi saya ok lah. Not bad.


So korang, apa lagi, try lah dinner kat aroma desa. Dijamin puas hati.

Set Kambing Penyet

Mee Crispy

Baca juga:

0 Comments



Emoticon