-->

Tok Nan Dalam Kenangan

Tok Nan Dalam Kenangan

Innalillahiwainnalillahirajiun. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem @tok nan yang sangat disayangi oleh setiap lapisan masyarakat di Sarawak ini. Arwah pergi meninggalkan kita warga sarawak semalam 11/1/2017 ketika baru 3 tahun memimpin pucuk pimpinan Sarawak.

Semalam 11 Januari 2017 sekitar pukul 2 petang dapat whatsapp dari abang yang bertanyakan tentang kesahihan berita Tok nan meninggal. Seriusly sangat terkejut dan cuba scroll down homepage fb untuk kesahihan berita.

Ya. Dalam hati kami sekeluarga berharap sangat agar berita tersebut hanyalah berita mereka yang gila viral fake news. Tapi serius, kali ini berita perginya wira kami ini adalah sahih. Memang sebak rasa dada. Petang tu, komitmen kerja di luar terpaksa dilakukan juga dan sambil kerja dapat dengar alunan bacaan yassin. Sebak sedih dan pilu.

Pengebumian jenazah arwah tok nan adalah pada hari ini iaitu 12 januari 2017. Aku berkesempatan ke tanah perkuburan semariang bagi memberi penghormatan terakhir buat jenazah tok nan. Sayu betul rasa hati bila keranda tok nan diusung keluar dari van jenazah.

Doa ku buat mu tok nan, semoga roh mu ditempatkan bersama orang-orang beriman, dan moga Allah s.w.t mengampuni semua dosa-dosa tok nan. Kami warga Sarawak sentiasa doakan tok nan. Rehatlah tok nan di sana. :(

Baca juga:

Tags:

0 Comments



Emoticon