-->

Resepi Lamb Chop Mudah Dan Sedap

Resepi Lamb Chop Mudah Dan Sedap

Semalam, 14/1/2017 saya dan suami berkesempatan masak lamb chop. Kali ni terpaksa guna khidmat suami 100% dalam proses memanggang kambing. Sebabnya, beliau sangat pro dalam aktiviti panggang memanggang ni. Haha.. actually nak cepatkan proses buat lamb chop ni je, sebab perut dah berdangdut.

Sementara suami tolong panggang kambing, saya pulak sediakan kuah untuk lamb chop ni nanti. Dah nama pun lamb chop kan mestilah dengan kuah lada hitam nya. Resepi ni saya ikut sukahati saya, ikut saja bahan mana yang ada. Tapi jangan risau, anda pasti takkan kecewa!!! Percayalah daku yang bukan chef ni, tapi sangat suka mencuba. Insyallah. Jom terjah.

Resepi Lamb Chop Mudah Dan Sedap
(Untuk perapan daging kambing):

Bahan-bahan:

11 slices lamb shoulder /atau mana-mana bahagian isi kambing dicuci bersih
4inci halia ditumbuk halus
Lada hitam kasar
Sos lada hitam (saya guna brand life)
Minyak bijan (kalau takda pun takpa)
Kicap

Steps Pemprosesan Kambing bakar

Cara-cara:
1. Tuang minyak bijan beberapa titis pada setiap slices. Tujuan untuk angkat rasa perasa nanti. Klo takda, no big deal.

2. Gaul rata atau perap halia pada setiap slices daging kambing dan masukkan lada hitam. Letak ikut selera. Kalau saya, suka banyak, biar rasa pedas ladanya.

3. Masukkan sos lada hitam dan perap di setiap slices.

4. Tuang kicap agak-agak ikut banyak mana. Saya letak sedang-sedang sahaja, taknak terlampau hitam. Biarkan sekejap daging kambing tu biar perencah masuk ke dalam daging.

5. Akhir sekali grill atau panggang daging kambing. Jangan terlalu kering nanti tak juicy. Saya bakar guna grill pan beli kat idaman suri je.. mudah dan cepat. Boleh dihidang dengan sos lada hitam yang super yummy sekejap lagi ya.

Untuk kuah black pepper Mushroom/ Kuah Lamb chop

Bahan-bahan:

6 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar butter
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung
2 cawan air
1 1/2 cawan susu Dutch lady fullcream
1 kiub pati ayam
1 tin cendawan butang dipotong
Lada hitam


Steps Pemprosesan kuah
Black pepper Mushroom

Cara-cara:

1. Panaskan butter dan masukkan bawang putih. Gaul hingga bawang putih sedikit keperangan.

2. Masukkan tepung dan gaul rata.

3.Masukkan air dan gaul rata. Seterusnya masukkan cendawan dan lada hitam.

4. Masukkan kicap, susu fullcream dan kiub pati ayam. Gaul rata dan tambah garam sedikit. Akhir sekali perasakan kuah.


* Kalau rasa terlampau pekat boleh tambah air sedikit demi sedikit sampai tahap pekat mana yang kita nak. Dan satu lagi kalau rasa color kuah tak kehitaman sangat tambahkan lagi kicap hingga dapat color yang lebih menggiurkan. 


Lamb chop

Baca juga:

0 Comments



Emoticon