Trip Jejak Bunga Rafflesia di Gunung Gading
19/1/2017, Khamis, saya berpeluang buat trip mengejut bagi menjejaki Bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia di Kaki Gunung Gading, Lundu. Saya katakan ini trip mengejut, sebab plan last minit kawan saya yang ajak pergi Gunung Gading. Saya yang dengan tidak bawa kasut sukan nya, dengan masih berseluar slack. Adosss.
Bayaran masuk ke Taman Negara Gunung Gading ni adalah RM10 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak. Rate ni untuk warganegara Malaysia la ya. Tapi untuk pelancong asing, kadar bayaran adalah berbeza. Kami pergi ke pejabat Kaunter Taman Negara Gunung Gading ni terlebih dahulu untuk mendapatkan info samada terdapat bunga Rafflesia atau tak.
Nasib kami boleh dikatakan baik, sebab terdapat satu bunga Rafflesia yang baru mekar semalam. Dan maksudnya hari kami pergi ni adalah hari kedua bunga tersebut. Kami perlu mendapatkan seorang guide untuk ke lokasi bunga tersebut. Bayaran dikenakan adalah RM10 bagi khidmat guide tersebut. Apa yang boleh saya katakan, memang nak ke lokasi bunga Rafflesia ni, anda terpaksa nak tak nak kena dapatkan khidmat guide. Kalau tak memang tak jumpa.
Ohya, selain dapat lihat bunga Rafflesia di sini, anda juga boleh buat trip mendaki Gunung Gading sehingga ke puncak yang mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Angan-angan saya pada hari tu nak daki sampai Waterfall 7 yang ambil masa dalam 1 jam setengah. Kononnya la. Hahaha. Kami berjaya sampai ke Waterfall 1 sahaja yang ambil masa 30 minit jalan kaki. Gila. Dah nama pun tak ready, sampai had tu je la mampu naik. Insyaallah akan plan next trip lepas ni, tapi target sampai ke puncak. Insyallah.
Bunga Rafflesia Baru 2 hari bloom |
Berbalik kepasa trip jejak Rafflesia tadi, kami ambil masa tak sampai 10 minit ke lokasi bunga tersebut. Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar yang saya sertakan di sini, bunga Rafflesia ni adalah hari kedua bloom. Lupa lah dalam bahasa melayu, ke mekar aaa..ke menguntum?? Haha. Lost. Jangka hayat bunga Rafflesia ni tak lama. Bertahan sampai 7 hari sahaja.
Bunga Rafflesia usia hari 6 |
Tapi berdasarkan kepada pemerhatian saya ni, hari keenam bunga tersebut dah hitam mereput pun. Tak lama rupanya hayat bunga ni. So ni kira bernasib baik la saya ngan kawan jumpa yang baru day 2 bloom. Alhamdulillah. Ohya, benda bulat macam telur dinasour sebelah bunga Rafflesia tu adalah anak bunga Rafflesia yang belum bloom. Haaa ni pun saya lupa apa guide tu cakap semalam. Beliau bagitau untuk tunggu yang bulat tu mekar ambil masak 4-5 bulan lagi. Katanya lah.
Trip ke Gunung Gading |
So korang yang ada trip ke Gunung Gading boleh lah riki riki kat pejabat info mereka tanya ada tak bunga Rafflesia. Ada rezeki, merasa lah korang selfie dengan bunga terbesar dunia ni.
Tags:
#Trip#Trip Bajet
0 Comments