Makan-makan di Kedey Kamek
Nak lunch atau dinner korang boleh try di Kedey Kamek yang terletak bersebelahan dengan Shusi king, metrocity Matang.
Setelah berbulan-bulan Kedey Kamek ni beroperasi, barulah berkesempatan mencuba hidangan di sini. Kami berempat pergi ke sini. Antara menu yang kami order adalah Set Linut + sayur keladi, mee Kolok daging, Nasi Goreng Cornbeef dan Laksa Sarawak.
Untuk menu linut, menu ini hanya ada pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad ya. Satu set linut ni berharga RM10. Yang bestnya set linut di sini ia dihidang sekali bersama sayur keladi. Memang perghhh kombinasi linut dan sayur keladi. Untuk menu-menu yang lain so far not bad. Kos untuk makan kami berempat adalah RM48.90. Still berbaloi dan tidaklah terlalu mahal.
Environment kedai Kedey Kamek ni pun selesa dan kami lepak di bahagian ruangan ber aircond. So memang selesa lah sambil berporet. Haha. Masa menunggu untuk menu hidangan pun not bad, tidak cepat dan tidak lambat. Masih dalam medium range. All the best Kedey Kamek.
0 Comments