Resepi Bergedil Daging Mudah dan Sedap
Bergedil ohh bergedil. Tiba-tiba pula satu minggu ni aku teringin nak makan makanan berasas kentang pulak. Dan jenis aku ni, kalau tak jumpa orang jual, selalunya aku akan buat sendiri.
Selepas sesi google menggoogle, dah decide nak ikut resepi mana, tapi ikut step je, kuantiti bahan memang ikut suka je la. Mulanya nak buat bergedil daging, tapi disebabkan tak jumpa minced chicken, jadi beli saja lah minced beef kat cck tu. Angin malas bertiup sepoiii betul nak gi survey kat kedai lain. Tetiba banyak pulak songeh aku ni. Jomlah terjah resepi bergedil daging yang sangatlah mudah tapi sedap dan berbaloi dibuat. Masa penyediaan nya pun tidak lama.
Resepi Bergedil Daging Mudah dan Sedap
Bahan-bahan:
1.5kg kentang
1 tangkai daun sup potong halus
2 biji bawang besar potong dadu
4 biji bawang merah potong halus
3 biji bawang putih potong halus
400 gram minced beef
Serbuk lada hitam
Garam
2 biji telur
Sedikit minyak masak
Cara-cara:
1. Kupas kentang, bersihkan dan potong kecil. Rebus kentang dalam air mendidih. Letakkan sesudu kecil garam dan sedikit lada hitam. Dah masak kentang, lumatkan isi kentang guna lesung batu atau pengisar. Kalau saya tumbuk guna lesung batu saja sebab kentang memang dah lembik.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Bila dah naik bau, masukkan daging kisar dan gaul rata hingga masak. Letak sedikit garam dan lada hitam.
3. Masukkan daging kisar yang dah masak dan daun sup ke dalam kentang yang dah dilecek tadi dan gaul rata. Perasa garam kalau kurang tambahkan dan lada hitam.
4. Bulat adunan dan bentukkan ikut saiz yang anda suka.
5. Kocak 2 biji telur. Masukkan setiap adunan begedil tadi ke dalam telur dan terus digoreng dalam minyak panas.
Selamat mencuba. Bahan-bahan ringkas dan yang pastinya mudah sangat dibuat.
Bergedil Daging |
0 Comments