Aktiviti Menarik Di Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik, Sabah
Hai. Ni nak share senarai watersport activities yang kita boleh lakukan sekiranya buat trip ke pulau-pulau dekat Kota Kinabalu ni. Antara pulau-pulau yang korang boleh terjah adalah Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.
Di pulau-pulau yang saya senarai kan tadi, kita boleh buat aktiviti sukan air ni. Antara aktiviti sukan air menarik untuk dicuba adalah parasailing, banana boat, snorkeling, diving, sea walk dan macam-macam lagi.
Saya dan suami pilih snorkeling (free just kena sewa google dan jacket) dan main parasailing. Untuk parasailing kami dapat harga RM130 untuk 2 orang. Kira murah daripada kaunter lain. Ohya, ni saya ambik pakej dari kaunter no 10 di Jetty Jesselton. Untuk pakej ke pulau pula, saya pilih untuk pergi ke 3 pulau dan dapat harga RM43 seorang. Jumlah semua (pakej 3 pulau + parasailing 2 org + sewa Life jacket&google + cukai jetty) adalah RM251.
0 Comments