Urus PTPTN adik Yang Tertunggak Bayaran
Harini berkesempatan memgurus PTPTN adik yang tengah training polis. Jadi, disebabkan kesian dengan dia dek urusan PTPTN yang tak pandai selesai ni, saya gagahkan diri untuk settle bagi pihak dia.
Yang pasti adik dah maklumkan akaun pinjaman ptptn semasa diploma dah tertunggak sebanyak RM3000 lebih, dan akaun pinjaman degree pun ada tertunggak. Just tak tau berapa amaun. Saya suggest kat dia untuk combine kan akaun pinjaman diploma dan degree tu ke satu akaun sahaja, so that mudah dan rendah sikit amaun bayaran nya. Just kena dapatkan kepastian dari pihak PTPTN dulu samada boleh atau tidak untuk gabungkan akaun pinjaman degree dan diploma tu.
Jadi, harini setelah tanya dengan pihak PTPTN, dah terungkai segala persoalan. Akaun pinjaman diploma dan akaun pinjaman degree boleh digabungkan atau disatukan, dengan SYARAT, adik saya mesti menbayar jumlah bayaran yang tertunggak tu dan setelah itu juga baru nama dia clear dari CCRIS.
Jumlah amaun tertunggak adalah seperti berikut:
Akaun pinjaman diploma: RM3000+
Akaun pinjaman degree: RM500+
Adik saya juga bercadang untuk membuat bayaran PTPTN secara potongan gaji terus. Jadi,memang nak tak nak kena clearkan dulu bayaran yang tertunggak. Insyaallah bayaran tertunggak tu saya akan settle kan dalam masa terdekat ni.
Benda hutang piutang ni selagi tak disettle awal memang makin serabut. Yang masih belum bayar ptptn tu, better buat bayaran awal sebelum akaun tertunggak sampao beribu macam ni. Huhu.
2 Comments