-->

Tempat Makan Best Di Kota Kinabalu : Gerai Makan Haji Manja

Tempat Makan Best Di Kota Kinabalu : Gerai Makan Haji Manja

Gerai makan Hj Manja semanja orangnya. Haha. Ehh. Tu tambahan perisa sahaja ok. Gerai makan Hj Manja ni terletak di waterfront KK dan tidak jauh dari Bulatan Todak. Korang masuk je cari Gerai Haji Manja ni. Start operasi seawal jam 5 petang hingga lewat malam.

Hari pertama saya ke sini adalah pada 12/2/17 jam 8.30 malam dan pada waktu tersebut gerai tersebut dah penuh dengan pelanggan. Waktu ni saya pilih ikan kerapu masak stim halia, scallop masak cili tiram, dan udang butter kering. Memang berbaloi-baloi. Jumlah makan untuk dua orang malam tu adalab RM51 sahaja. Murah, sedap dan puas hati.

Hari terakhir saya di Kk 13/2/17, lepas je trip island hope, dalam jam 5 petang, saya dan suami terus ke Gerai Hj Manja lagi. Misi kali ini adalah nak makan LATOK. terlupa pulak nak order semalam. Haha. Malam kedua ni saya order latok, sotong goreng tepung, ikan kerapu panggang, dan kerang bakar. Jumlah makan malam ni termasuk coconut shake rm10 adalah RM67. still berbaloi.

Jadi, korang yang nak berkunjung ke Kota Kinabalu Sabah tu, bolehlah berkunjung ke Gerai makan di Waterfront kk ni. Memang sedap-sedap makanan sini. Kebersihan pun, insyaallah terjamin.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon