Trip Percutian bajet saya kali ini ke Sabah selama 3 hari 2 malam berjalan sangat lancar walaupun malam sebelum penerbangan saya berdepan dengan beberapa masalah yang boleh merosakkan mood percutian saya. Apa masalah tersebut? 1. keluarkan duit dari atm cimb, tiba-tiba duit tak keluar tapi bila check balik akaun, amaun sudah ditolak dari akaun. 2. Tempat sewa kereta tiba-tiba beritahu kereta axia yang saya dah book, tiada, jadi dia gantikan dengan proton saga blm baru. 3. Bila dah ada masalah dengan akaun, terpaksa call maybank operator banyak kali hinggakan kredit dalam rm20 juga habis. Nampak tak betapa hampir nak stress nya saya. Tapi saya tahan, sebab taknak spoil kan mood percutian. Haha.
Melalut dah saya ni. Oklah untuk trip percutian ke Sabah ni, saya memilih untuk stay di Kundasang pada hari pertama. Sampai sahaja di Airport Kota Kinabalu Terminal 1, saya dan suami ambil kereta sewa axia (dapat juga axia akhirnya. thanks abang kereta sewa), terus jalan-jalan sekitar KK. Lepastu dalam pukul 1.30 petang baru kami bergerak ke Kundasang. sebelum sampai Kundasang singgah dulu di Rumah Terbalik.
Sampai di Kundasang dalam pukul 4 petang macam tu. Disebabkan sangat lewat, waktu on the way ke Kundasang dalam jam 3 petang pihak Crystal Hill Resort dah call tanya, jadi ke tidak check in? Haha. Khuatir betul mereka aku tak jadi check in. Yelah, sebabnya untuk tempahan hotel ni, saya tempah melalui Booking.com. Pembayaran akan dibuat sewaktu saya check in hotel dan bukan semasa tempahan dibuat secara online.
Blok tempat bilik saya |
Crystall Hill Resort ni terletak di atas bukit Crystal Hill. Agak tinggi bukitnya dan jalan menuju ke resort ni juga agak kecil dan memang kena berhati-hati lah. Sebab jalan ni memang di lereng bukit. Yang pasti view dari atas bukit atau resort ni subhanallah, memang sangat cantik.
Sampai di kaunter check in, kami terus buat pembayaran dan pilih menu apa untuk breakfast esok. Ohya, bayar secara tunai sahaja tau. Belum ada perkhidmatan bayar secara kad kredit mahupun debit di sini ya. Korang jangan lupa bergambar di beranda yang berada sama bangunan dengan kaunter check in ni tau. View sangat lah cantik, Saujana Mata Memandang.
Untuk kemudahan dan keselesaan bilik pula, bilik sangat luas. Tiada aircond mahupun kipas disediakan di dalam bilik ya. Nasib baik time kami datang, cuaca kat Kundasang ni memang sejuk di siang hari. Satu saja yang saya tak suka berkenaan bilik dia, katil atau selimut yang diguna agak berbau. Bau macam bau badan orang yang lepas berpeluh. Sampai rimas laki aku dengar aku membebel pasal bau tu. Dahlah aku ni jenis suka tidur berselubung, memang puas lah aku cium bau tu. Hope pengusaha resort ni lebih peka dengan permasalahan ni di masa akan datang. Mungkin juga bau tu datangya dari tilam tu, yelah, dah nama pun bilik tu takda kipas mahupun aircond, jadi cuaca sembab. Bila peluh bau badan lekat kat tilam memang susah lah nak hilang. Lagi-lagi kalau basah. Sigh.
Bilik air pun satu lagi hal. Tile nampak kotor dan bilik air berbau. Hilang feel aku berus gigi dan cuci muka. Kalau time mandik takda bau tu, sebab hilang dek pancuran air. Hope sangat pengusaha resort lebih peka lepas ni. Sayang lah, resort tu dah cantik, lokasi pun CUN, jadi kebersihan bilik pun kenalah dititik beratkan.
Tags:
#review hotel#Trip Bajet
1 Comments