WAJIB Beli Jika Berkunjung ke Sabah
Kunjungan anda ke Sabah tidak akan lengkap sekiranya tidak membawa pulang beberapa barangan yang wajib anda beli di Pasar Ikan Masin Kota Kinabalu.
Antara barangan atau bahan makanan yang anda boleh bawa balik sebagai buah tangan atau untuk kegunaan sendiri adalah ikan bilis, udang kering, keropok amplang dan juga kuih cincin. Boldh rujuk dalam gambar. Yang bulat-bulat putih tu adalah amplang, dan kuih cincin yang kuih ada banyak lubang tu. Kot tak tau. Haha. Ikan bilis dan udang masin confirm tau kan.kan.kan. Udang masin dan ikan bilis kat sini serius murah sangat. Rugi tak beli bawa balik.
Kat mana nak beli? Korang boleh pergi ke Pasar Ikan mAsin yang terletak tidak jauh dari Pasar Filipina. Jangan lupa buat tawar menawar tau. Actually, harga ikan bilis yang saya dapat mahal sedikit untuk sekilo, sebab ada kawan saya pernah beli rm20 je sekilo. Tapi takpa lah, ni kes sebab tak rela nak ditarik-ditarik oleh penjual disana. Rimas pulak. Takda lah diorang tarik tangan, tapi bila kita lalu je mereka memanggil-manggil kita. Tak sedap hati la pulak.
Daripada mood nak survey harga, terus aku malas ni. Pusing balik, terus beli kat kedai pertama. Buat tawar tawar sedikit. Ok lah. Ada lah buah tangan untuk famili.
0 Comments