-->

Parasailing di Pulau Sapi, Sabah

Parasailing di Pulau Sapi, Sabah

Yuhuuuu. Akhirnya berjaya juga memujuk suami untuk main parasailing ni. Dulu waktu trip ke Langkawi, walau berkali pujuk sampai nak kelahi pun ada, BERMATIAN dia taknak main parasailing ni. Haha.

Suami cakap, parasailing kat Pulau Sapi ni nampak selamat sedikit sebab main atas laut. Yelah, kalau kat Pantai Cenang, parasailing tu memang akan lalu laut dan daratan. Scary juga lah.

Pakej parasailing ni saya ambik sekali dengan pakej ke 3 pulau. Caj untuk parasailing adalah RM130 untuk 2 orang. Dua kaunter dah survey kat Jetty Jesselton tu, dan rata-rata mahal dan tak mahu ditawar. Atlast saya pergi ke kaunter 10, dan dapat harga RM130 untuk 2 orang.

Trip 3 pulau kami, kami akan pergi ke Pulau Sapi - Pulau Manukan - Pulau Mamutik. Untuk main parasailing kami kena cari En. Abdull yang uruskan parasailing di Pulau Sapi. Kami snorkeling dulu sementara menunggu en Abdul sampai.

Dalam pukul 10pagi, dah jumpa en. Abdull , kami isi borang tu dan terus naik boat untuk aktiviti parasailing. Ada 4 pasangan lain bersama kami dalam boat tersebut.
Saya dan suami turn ke dua. Abang boat tu tanya sama ada kami mahu jatuh laut ke tidak? Dan saya cakap nak. Haha. Sekali betul-betul masuk laut terus. Tapi serius cakap memang best. Rasa masuk fear factor pula. Naik parasailing ni, ambik masa dalam 15 minit juga. Yang pasti SERONOK dan view yang sangat cantik.
Parasailing di Pulau Sapi

Baca juga:

0 Comments



Emoticon