-->

Trip Ke Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, Sabah

Trip Ke Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, Sabah

Beberapa hari ke Sabah, hati dah dua tiga samada nam teruskan atau tidak trip ke pulau-pulau di Sabah. Trip ke pulau ni memang dalam agenda utama untuk ke Sabah. Tapi tu lah, time saya nak bercuti ni lah tiba-tiba keluar berita bot karam di KK dan di Semporna Sabah. Buat hati ni berbelah bagi pula. Semua kes bot karam ni dengar-dengar berpunca daripada ombak yang kuat. So , memang cuaca di laut tidak mengizinkan untuk kami teruskan trip ke pulau ni. Kalau diikutkan plan asal, trip ke pulau ni saya nak pergi waktu hari pertama sampai di Sabah. Yelah, flight saya sampai di Sabah dalam pukul 7.10 pagi. Memang sempat sangat nak ke Jetty. Tapi tulah, sebab dah cancel plan nak ke pulau, saya tak ready dengan pakaian semua.

Hari pertama sampai, waktu jumpa dengan abang kereta sewa tu, saya tanya berkenaan keadaan laut, samada selamat ke tidak jika saya buat trip ke pulau waktu ni. Abang tu cakap, kalau nak ke pulau-pulau berdekatan Kota Kinabalu tidak ada masalah. Dan kes yang bot karam pelancong china tu, kejadian tu berlaku ketika mereka nak menuju ke pulau jauh daripada KK. So saya pun dah berbunga-bunga hati bila dengar abang tu cakap camtu. So terus pujuk en suami untuk terus pergi trip pulau hari tu jugak. Haha. Atlast selepas perbincangan, kami sepakat untuk buat trip pulau atau Island Hope pada hari ketiga atau hari terakhir kami di Sabah.

Pada hari ketiga, iaitu Isnin 13/2/2017 jam 7.30 pagi kami check out dari Prominade Service Apartment dan pergi breakfast di kedai mamak tidak jauh dari kaunter service apartment tersebut. Alas perut siap-siap, takut kelaparan di pulau nanti. Dah lepas makan, kami tapau burger mcd pula 2 set. Nasib juga ada tapau burger, memang kelaparan pun di pulau. Haha.

Kami sampai di Jetty Jesselton sekitar jam 8.30 pagi. Actually saya dah booking malam sebelumnya dengan seorang agent yang saya dapat nombornya dari abang kereta sewa, kononnya boleh dapat harga murah. Memang murah. Tapi bila call berkali-kali dan whatsapp xdapat. Call takda orang angkat. Atlast, saya ajak suami booking di kaunter kat Jetty tu saja. Dahlah kita ni kejar masa. Survey punya survey saya dapat harga lebih kurang yang saya dapat sebelumnya iaitu RM251 untuk pergi ke 3 pulau termasuk snorkeling set dan pakej parasailing untuk 2 orang.

Lepas dah dapat tiket kami ambik set snorkeling dan terus naik boat yang disediakan. Perjalanan menuju ke Pulau Sapi ambik masa dalam 15 minit juga. Kat pulau sapi ni nanti la kami akan main parasailing. Sementara menunggu orang yang incaj parasailing sampai, kami snorkeling dulu di pantai Pulau Sapi ni. Serius, air laut kat Pantai Sapi ni memang sangat jernih. Ikan ikan pun clear je nampak. Tips snorkeling, gi snorkeling kat tempat yang banyak terumbu karang, kat sana baru banyak ikan. Cantik-cantik. Semasa aktiviti snorkeling, Sempatlah saya tengok tali untuk flying fox dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi. Ikutkan hati nak juga main flying fox tu, tapi bajet dah ke parasailing.

Dalam pukul 10.30 pagi baru kami bertolak guna boat yang disediakan untuk main parasailing. Ada 3 pasangan lain bersama kami untuk main parasailing tu. 2 perempuan melayu dan 4 perempuan korea. Seronok lah juga dapat main parasailing ni lebih- lebih lagi berjaya pujuk suami main sekali. Sampai betul-betul masuk laut kami. Haha.

Setelah habis main parasailing , kami dihantar semula ke pulau Sapi dan meneruskan semula aktiviti snorkeling.
Jam 12 tengahari, kami berkumpul di jetty untuk tunggu boat menuju ke Pulau seterusnya iaitu Pulau Manukan. Pulau manukan ni pun, cantik sangat. Pantai kat pulau manukan ni lebih cantik daripada pantai pulau sapi. Just air laut kat sini, kurang jernih daripada pulau sapi. Yang bestnya kat pulau manukan ni, sewaktu kami sampai sana, tak ramai orang kat pantai. Mungkin mereka banyak tertumpu di pulau Sapi. Kat pulau manukan ni, baru lah dapat nak ambik gambar view canti sikit, sebab tak ramai orang.

Pemandangan sekitar Pulau Manukan, Sabah

Dalam pukul 2 petang kami tunggu di Jetty, untuk trip ke pulau terakhir iaitu pulau Mamutik. Trip ke pulau mamutik dari pulau Manukan tidak lah jauh pun, dalam 5-8 minit sahaja. Dari pandangan saya, view di pulau Sapi dan pulau Manukan lebih cantik daripada pulau mamutik ni. Jadi nextime kalau andake Sabah, ambik trip 2 pulau iaitu ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan pun dah memadai. Kat pulau Mamutik ni angin agak kuat hingga kan pasir berterbangan. Time cakap pun pasir masuk mulut. Haha. Jadi, memang tak lah saya nak makan burger kat sini. Di pulau Mamutik ni, kami santai-santai sahaja. Jalan-jalan sekitar pantai dan terus pergi mandi dan salin baju. 2 jam kot kat sana, so baik gi mandi dan tukar baju, atleast sampai kat jetty Jesselton nanti boleh terus pergi makan kat waterfront todak tu. Korang jangan risau, setiap pulau ada disediakan toilet dan bilik untuk persalinan. Tapi kalau korang dah kat manukan, better tukar kat manukan je lah, sebab toilet kat Pulau Mamutik berbau nya ya Allah. Nasib toilet paling hujung saya guna tu bersih.

Dalan pukul 4petang kami berkumpul di jetty, namun dalam 4.45 petang varu boat sampai. Sampai kat jetty Jesselton dalam pukul 5 petang juga lah. Dah sampai sana terus serahkan balik set snorkeling. Kalau hilang, kena lah korang ganti k.

Akhirnya, ada rezeki juga saya nak ke pulau-pulau di Sabah untuk trip paling singkat saya ni. Alhamdulillah. Serius pulau-pulau kat Sabah ni antara pulau tercantik yang saya pernah pergi. Insyaallah nextrip saya nak ke Phuket dan Krabi. Insyaallah.

Pulau Sapi, Sabah

Baca juga:

0 Comments



Emoticon