Powered by Blogger.

3 Cara Buat Duit Melalui Online Tanpa Modal

3 Cara Buat Duit Melalui Online Tanpa Modal

Bila bercakap sahaja tentang DUIT, semua kita akan cepat alert. Mana taknya, duit ni adalah salah satu keperluan hidup kita. Tanpa duit, tak dapat nak beli keperluan asas lebih-lebih lagi makanan. Betul tak?? Hari ini saya berbesar hati untuk berkongsi 3 Cara bagaimana kita Nak Buat Duit Melalui Online Tanpa Modal dan yang PASTINYA memang perlu gigih dan rajin. Takmau hangat-hangat taik ayam tau!! Jom terjah apa yang saya buat melalui online untuk buat duit secara PASIF ni. Goyang-goyang kaki di rumah pun duit masuk secara diam-diam. Dan contoh lebih power, adik saya yang tengah menjalani latihan Askar selama 9 bulan sekarang ni, pendapatan online dia tetap berjalan dan pendapatan lebat masuk ke akaun Maybank apabila capai had ditetapkan.

3 Cara Buat Duit Melalui Online Tanpa Modal

Pertama : Jana duit Melalui Blog

Blogger.com

Blog. Terpulang lagi samaada korang nak guna platform blogger atau wordpress. Kalau saya, memang saya pilih blogger sebab dari awal berkecimpung dengan dunia online, saya dah arif selok belok nak buat blog guna Blogger. Bagaimana nak jana duit melalui blog ni? Apabila korang dah mempunyai blog dan sudah menepati syarat-syarat untuk memohon Google Adsene (Syarikat pengiklanan), korang dah boleh mula mohon dan mula jana pendapatan secara maya ni. Permohonan sebagai publisher atau erti kata lainnya adalah FREE, dan korang hanya perlu memaparkan iklan Adsene di Blog korang dan jana pendapatan. Mudah bukan.

Selain memaparkan iklan adsene, korang juga boleh memilih Nuffnang iaitu salah satu syarikat pengiklanan di rantau Asia. Kalau kena gayanya, korang pun boleh jana pendapatan lebat daripada Nuffnang ni. Just, saya sekarang prefer dengan Adsene sebab pendapatan dibayar dalam USD dan lebih pasti pendapatannya pun lebih tinggi daripada Nuffnang.Terpulang lagi kepada korang nak jadi publisher Adsene atau Nuffnang. Untuk jadi publisher Adsene agak ketat dan payah sedikit lah. Tu yang saya cakap kena rajin. Contoh pendapatan saya daripada Adsene, anda boleh rujuk di link ini PENDAPATAN KETIGA SAYA DARIPADA ADSENE.


Kedua: Buat Video di Youtube

Youtube.com

Bagi cara kedua ini pula iaitu dengan memperoleh pendapatan melalui video yang diupload di akaun Youtube. Anda jangan hairan kalau ada individu yang sanggup buat video pelik-pelik semata-mata untuk VIRAL. Ada motif disebaliknya. Apabila video mereka mendapat banyak views,maka makin banyaklah pendapatan yang mereka perolehi. Pelik kan? Tak pelik kalau anda faham selok belok dunia youtube ni. Kalau anda perasan, setiap kali anda menonton video di Youtube akan keluar iklan-iklan, haaaaaa... iklan-iklan ni la menjadi sumber pendapatan kepada orang-orang yang upload video di Youtube ni. Bila dah upload video, anda kena tukar setting bagi membolehkan video tersebut dalam mode JANA INCOME $$$$. Maksudnya akan ada keluar iklan lah kat video anda nanti. Saya dah pernah buat video di Youtube dan pendapatan tak berapa nak lebat berbanding dengan pendapatan Adsene di blog. Mungkin saya tak berani nak expose diri dan juga tak pandai edit video. hahaha. Bukan kepakaran saya. Tapi kalau anda betul-betul fokus dan berani, tak mustahil anda mampu goyang kaki sambil menghadap laptop je kat rumah. Trust me!


Ketiga : Membuat REVIEW Produk atau PERKHIDMATAN


Haaa. Untuk yang ini, anda kena pastikan blog atau media sosial anda mempunyai followers yang ramai. Atau dalam erti kata lainnya, anda ni tergolong dalam orang yang berpengaruh jugaklah. Ala-ala instafamous gitu. Bila dah banyak followers, sudah pasti setiap posting atau review anda akan lalu pada setiap homepage media sosial followers anda. Dan tokey-tokey produk atau perkhidmatan amat suka orang berpengaruh ni. Jadi gunakan kuasa kepopularan anda di media sosial bagi menjana pendapatan secara pasif dan tanpa MODAL secara online ye.


So, macam mana?? dah nampak tak tiga cabang yang anda boleh explore lebih lanjut untuk BUAT DUIT MELALUI ONLINE TANPA MODAL? Saya harap posting saya kali ini memberi manfaat dan idea kepada anda di luar sana dalam memperolehi pendapatan pasif.

** Buat anda kalau yang nak buat iklan atau inginkan perkhidmatan REVIEW dari saya dengan harga berpatutan, boleh hubungi saya di emel luarteko@gmail.com. Boleh perkenalkan diri anda dan bentangkan kertas kerja anda kepada saya okeyh. Semoga rezeki kita semua makin mencurah-curah di laman maya ini. Aminnn..


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "3 Cara Buat Duit Melalui Online Tanpa Modal"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top