Powered by Blogger.

Cara Mudah Buat Laksa Sarawak

Cara Mudah Buat Laksa Sarawak (untuk makan 15-20 orang)

Setelah sekian lama, dan buat kali pertama dalam hidup, minggu lepas aku cuba untuk masak sendiri Laksa Sarawak. Selalunya kalau teringin memang ke Moms Laksa lah jawabnya. Tak pun mintak adik aku yang buat sebab dia je rajin nak masak laksa sarawak ni. Haha. Bah, jum lah, aku kongsikan cara masak laksa sarawak yang sedap hingga menjilat jari ni. Dan jangan bingung, jangan khuatir, perencah laksa sarawak ada dijual. Kalau korang memang stay di Sarawak, rasanya takda masalah lah kot nak beli perencah laksa sarawak ni. Antara perencah laksa sarawak yang sedap adalah Perencah Laksa Sarawak Hj. Manan dan Perencah Laksa Sarawak Cap Burung Bayan. Untuk mencemar dapur hari ini, aku pilih untuk guna Perencah Sarawak Cap Burung Bayan.


Cara Mudah Buat Laksa Sarawak (untuk makan 15-20 orang)

Bahan-bahan:

  • 3 paket perencah Laksa Sarawak (saya guna Cap Burung Bayan)
  • 4500 ml air (ataupun Nisbah perencah dan air adalah 1:6 )
  • 1 biji kelapa parut, ambik santan dia
  • 2 tin susu cair
  • 1 kg tulang ayam bahagian dada atau isi ayam.
  • 1 kg udang (dibuang kulit dan kepala)
  • 1 ringgit tauge (topping)
  • Limau kasturi (topping)
  • Daun ketumbar (topping)
  • 4 biji telur (goreng dadar dan dihiris halus)(topping)
  • 3 bungkus beehoon

Cara Memasak Laksa Sarawak


  1. Didihkan periuk berisi air (4500ml) dan rebus udang hingga masak. Air bekas rebusan udang dididihkan.
  2. Tuangkan perencah Laksa Sarawak ke dalam periuk berisi air rebusan udang dan didihkan secara perlahan.
  3. Tapis kuah ke dalam periuk yang lain dan dididihkan semula. 
  4. Masukkan isi ayam/tulang ayam ke dalam kuah yang telah ditapis tadi dan rebus hingga masak.
  5. Masukkan santan.
  6. Masukkan susu sejat apabila kuah sudah nak masak. (Untuk elak kuah cepat basi). Perasa masin kuah, kalau tak cukup masin, boleh tambah garam.
  7. Rebus meehoon dan boleh lah masukkan meehoon dalam mangkuk dan dimasukkan kuah laksa sarawak. Letakkan bahan-bahan seperti udang, ayam, telur, tauge, daun ketumbar dan kuah laksa sarawak.




Cara Buat Sambal Belacan (Untuk dimakan bersama Laksa Sarawak)

Bahan-bahan:

  • 6 biji Cili besar dipotong kecil
  • 3 biji cili pedas kecik
  • 4 ketul kecil belacan (bakar dulu tau untuk bunuh segala bakteria)

Cara buat:

  1. Tumbuk cili besar dan cili pedas kecik hingga lumat.
  2. Masukkan belacan dan ditumbuk rata.
  3. Siap.

Mudah kan kan kan??? Sambal ni kena buat tau. Tak sempurna hidup kalau makan Laksa Sarawak tanpa sambal belacan kaw ni. Selamat mencuba ye kawan-kawan.


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Cara Mudah Buat Laksa Sarawak"

sedapnyaaa...baru tengah hari tadi makan laksa sarawak...

wahhh... stay kat mana sis? buat sendiri ke ye??

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top