Powered by Blogger.

Langganan UniFi

UniFi. Sebenarnya lama dah plan saya dan adik nak langgan UniFi ni. Sekarang kami guna Streamyx yang speed 1 Mbps. So nak la juga rasa bagaimana melayari internet dengan 30 Mbps pulak. Jauh bebeno bezanya. Harga pun beza juga. Kalau pelan streamyx sekarang bayaran bulanan adalam RM72 dan untuk plan UniFi Lite 30 Mbps adalah RM179 per bulan dan tanpa FREE CALL. Kalau nak free call, kena topup RM20 lagi lah, maksudnya ambik plan yang RM199 per bulan.
Disebabkan famili majoriti calling guna handphone je, jadinya saya ambik plan RM179 with no free call, tapi dapatlah HyppTV Pack yang mempunyai lebih daripada 20 channels.


Sekarang ni, saya masih menanti pihak installer untuk pasang uniFi kat rumah, sepatutnya hari rabu lepas, tetapi disebabkan ejen masih menggunakan alamat lama streamyx, jadi ada masalah dari segi nak buat sambungan dari tiang (yang ada box putih) menuju ke rumah. Sigh. Kecewa sedikit. Sebabnya, saya dah bagi alamat terbaru dengan ejen, kenapalah masih register guna alamat lama. Nak marah kang, cakap kita kurang ajo plak. Tapi ni betul-betul buang masa saya.

So far, tak dapat dulu nak bagi review tentang tahap keBESTan unifi ni dan juga tahap speed. Nanti dah pasang, saya akan buat review nya ok. No worries.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Langganan UniFi"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top