-->

AXA Travel Insurance Jadi Pilihanku

AXA Travel Insurance Jadi Pilihanku

Setelah membuat pertimbangan dan perhitungan dalam memilih nak guna Travel Insurance mana, akhirnya saya dengan ini  berbesar hati ingin memaklumkan bahawa AXA Travel Insurance akan memayungi saya sepanjang perjalanan Travel saya ke Yogyakarta, Indonesia pada bulan Oktober 2017 ini. Percutian bajet saya ke Yogyakarta nanti akan ambil masa selama 5 hari 4 malam. Macam singkat la pulak kan. Harapnya perjalanan percutian saya nanti akan berjalan lancar hendaknya. amin.

Kenapa saya memilih AXA Travel Insurance? Antara sebab utama saya memilih AXA Travel Insurance adalah tidak lain tidak bukan, HARGA atau BAJET perlindungan yang mampu milik. Kadar premium atau perlindungan seorang bagi Pelan SmartTraveller VIP adalah RM26.50 bagi Perlindungan selama 5 hari di Indonesia (Kawasan 1).  Ohya, kalau nak dapat harga RM26.50 ni anda kena lah membeli pelan insurance ni di laman web AXA Travel Insurance. Harga premium sepatutnya adalah RM35 dan anda berpeluang menikmati 25% diskaun apabila membuat pembelian melalui online. Mudah dan jimat.

Sebab kedua saya memilih AXA Travel Insurance adalah review yang baik berkenaan Travel insurance AXA ni. Antara review yang buat saya berkenan nak guna AXA Travel Insurance adalah 
  1. TRAVEL INSURANCE PERLU KE?
  2. REVIEW PERKHIDMATAN AXA TRAVEL INSURANCE
Bila google berkenaan review sesuatu produk atau perkhidmatan, saya akan tengok mana produk yang banyak orang guna dan juga mana yang senang nak berurusan. Itu bonus paling besar dan memudahkan urusan akan datang. Apalah guna beli insurance kalau di kemudian hari nak claim, tiba-tiba susah nak claim, dan nak hadap pelbagai benda yang rumit.


Sebab ketiga adalah, AXA Travel Insurance ni mudah nak beli online. :) I likeee. Perkhidmatan insurance hanya di hujung jari. Klik klik dan klik dah dapat perlindungan untuk travel ke Yogyakarta nanti.

Ohya, penting sangat ke nak beli Travel Insurance bagai ni?? Untuk saya yang ekonomi atau bajet punya trip, memang saya TEKANKAN akan KEPENTINGAN Travel Insurance ni. Kita tak tau apa musibah atau malapetaka yang akan mendatang, jadi tidak salah kiranya kalau kita sediakan payung sebelum hujan. Contoh satu ni je lah paling senang, iaitu sekiranya kita travel ke negara luar atau negara asing, dan tiba-tiba kita mengalami kemalangan atau kematian, MINTAK DIJAUHKAN lah., kos untuk rawatan perubatan di negara luar sapa nak tanggung?? Nak bawa balik diri kita yang dah kurang upaya atau jenazah kita sapa nak tanggung??? Takkan nak menyusahkan famili di tanah air kan. Jadi, di sinilah kepentingan Travel Insurance yang kita dah beli sebelum berangkat. Lagi satu kos nak bawak balik mayat mahal oooo.. Murah lagi ko beli tiket airasia free seat. Nak angkut keranda mahal oooo.. Just reminder je lah k. Hope terbukak bijik mata kita lepas ni. Jangan ambil mudah dengan skip bajet untuk beli insurance. Bajet, bajet jugak, tapi part insurance jangan dipandang enteng jika tak mahu susah di kemudian hari.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon