Powered by Blogger.

Resepi Ayam Pansoh Sarawak Mudah

Resepi Ayam Pansoh Sarawak Mudah

Minggu lepas, aku ada tengok kat channel HyppInspirasi cara membuat ayam pansoh sarawak. Memang traditional punya cara. Ringkas dan mudah juga cara dan bahan yang digunakan. Jadi hari ini, kami sefamili gigih nak masak ayam pansoh ni terutamanya ayah aku. Jom terjah.

Antara bahan yang diperlukan adalah;

Ayam tua (diperap terlebih dahulu dengan halia agar ayam lembut)
4 cm lengkuas
4 cm halia
8 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 batang serai
4 batang tepus (dipotong kecil)
2 ikat pucuk ubi (lagi banyak lagi sedap)
Garam secukup rasa





Caranya;
  1. Tumbuk lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih hingga lumatT
  2. Tumbuk/ketuk ala kadar cik serai.G
  3. Gaulbahan yang ditumbuk dan serai pada ayam tua.
  4. Masukkantepus dan daun pucuk ubi. Gaul sekata. Masukkan garam.
  5. Cucidalam dan luar buluh. Bilas dengan air. Masukkan bahan ayam je dalam buluh. Selang selikan ayam dan pucuk ubi ketika proses mengisi ayam ke dalam buluh.
  6. Bakarbuluh berisi ayam pansoh selama lebih kurang sejam. Jangan lupa balik-balikkan buluh agar masak sekata.

* Tips nak tahu ayam kat dalam buluh dah masak ke belum, bila air dah nampak mendidih-didih kat celah-celah daun atas permukaan buluh .

Selamat mencuba guys. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Ayam Pansoh Sarawak Mudah"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top