-->

Cara Nak Aktif Kemudahan KAD ATM Luar Negara

Cara Nak Aktif Kemudahan KAD ATM Luarnegara

Perlu diingatkan sekiranya kita hendak travel ke luar negara, kita perlu mengAKTIFkan kemudahan Kad ATM bagi kegunaan di luar negara. Contohnya, jika kita kehabisan wang di luar negara, kita boleh guna kad atm kita di sana untuk keluarkan duit. Hari ini saya telah mengaktifkan kemudahan kad atm luar negara saya menggunakan Maybank2u. Sangat mudah.Cara-cara pengaktifan adalah seperti dibawah:

Pertama: Login akaun Maybank2u anda terlebih dahulu. Kemudian klik pada 'Card Management' seperti dalam bulatan merah tersebut.



Kedua: Klik pada 'Oversea ATM Facility'

Ketiga: Pilih 'Activation' dan klik butang 'continue'.


Keempat: Pilih tarikh anda nak mula untuk pengaktifan kad atm untuk kegunaan di luar negara dan tarikh akhir penggunaan. Dan seterusnya klik butang 'continue'.



Kelima: Klik pada butang 'Request for TAC' dan satu nombor TAC akan dihantar ke nombor handphone berdaftar anda. Masukkan no TAC yang diberi dan klik butang 'continue'.


Keenam: Pengaktifan kad atm anda berjaya didaftar dan sedia untuk digunakan di luar negara.





Baca juga:

0 Comments



Emoticon