Dua tiga hari yang lepas aku tiba-tiba teringin nak makan cucur rodey. teringat pulak cucur rodey yang selalu dijual di Bazaar Ramadhan Semarak. So, disebabkan keinginan nak makan cucur rodey ni, aku up status di facebook aku nak cari kat mana ada orang jual cucur rodey di Kuching ni.
Daripada status di FB tu aku dapat 2 tempat yang disuggest oleh rakan-rakan FB aku. Antaranya adalah stall cucur rodey di Taman Sukma, Petra Jaya yang katanya beroperasi setiap hari bermula jam 3 petang. Dan satu lagi adalah stall cucur rodey yang terletak di Pasar Malam MJC yang hanya beroperasi setiap Khamis dan Jumaat.
Kebetulan Jumaat tu, aku minta en hubby tolong gi carik kan di Taman Sukma, namun takda bukak pulak. dan atas info orang sekitar, pak cik yang jual cicur rodey tu kalau setiap Khamis dan Jumaat akan beroperasi di Pasar Malam MJC. so maksudnya tempat yang disuggest kawan-kawan aku di fb tu adalah orang yang sama.
Rezeki aku hari Jumaat tu, en hubby aku dapat belikan cucur rodey. aku suh beli RM10 terus. Cucur rodey ni dijual pada harga RM1 untuk 4 biji. ohya, stall pakcik cucur rodey ni terletak betul-betul bersebelahan dengan apam balik indon.
ok guys, selamat mencari cucur rodey. Babai.
0 Comments