-->

Trip to Mukah

Minggu lepas 22/6/2015 - 25/6/2015 trip to Mukah bersempena dengan kursus pemantapan dan pengukuhan segala bagai. Trip kali kali ini aku pergi dengan bff sekerja iaitu Lyn dan anna. Pergi ke Mukah kami naik Maswing Twin otter. hope betol la ye ejaan twin otter ni. Penerbangan dari Kuching ke Mukah ambik masa lebih kurang sejam jugak. Kalau ikut jalan darat nak dekat 9-10 jam jugak en suami aku cakap.

Ni adalah pengalaman pertama aku naek twin otter. Serius teruja. haha. Sebab first time kan. Bagi aku la naek twin otter lebih best dan lebih kaw lagi die punya feel terbang di awan biru. Nasib baik ada kursus kat Mukah kalau tak, tak merasa juga naek twin otter ni. :p

Now tengah berangan bila pulak aku ni dapat nak naek helikopter pulak. huhu. Teringin.

Berbalik pulak pasal di Mukah yang pertama kali kaki ni jejak. Mukah sangat2 aman damai ye. Bagi aku Mukah is the best place untuk tinggal dan bekerja. Suasana aman, takda jem sangat best la bagi aku. Patut la en suami aku dapat bertahan kerja kat Dalat dulu. Time di Mukah kami stay di Kingwood Hotel. Hotel ni terletak betul2 di town utama Mukah dan sangat dekat dengan Uitm Mukah. Kalau stay sini cun sangat la. Mudah nak akses ke mana2.

A bit sad trip kali ni sebab aku tak sempat nak beli kueh sepit, tebaloi dan lemantak yang ayah mak aku kirim. Bila gi je market dalam.5:30 pm, market dah tutup. alahai. Kursus time sangat pack la pulak.
ok lah, jumpa lagi di Mukah ya. Nak bawak en suami trip dari Kuching ke Miri nanti n singgah balik Mukah. Nak beli lemantak. haha.

Baca juga:

1 Comments

avatar

infonya sangat menarik,,
mantap,,,

Balas delete



Emoticon