Powered by Blogger.

Pembayaran Pertama Dari Google Adsense Melalui Wire Transfer

Pembayaran Pertama Dari Google Adsense Melalui Wire Transfer

Alhamdulillah. Rezeki di bulan Ramadhan. Kalau diikutkan ini merupakan hasil pendapatan pertama saya melalui sumber pengiklanan Google Adsense setelah setahun lebih berusaha membangunkan semula blog picisan saya ini. Kenapa setahun lebih baru tuai hasil dari Google Adsense? Jawapannya kerana saya kurang update blog saya dan hanya update blog bila ada masa lapang sahaja.

Genap 31 Mei 2016 yang lepas, pendapatan Adsense saya mencecah 100$ iaitu had pembayaran minimum saya. Jadi, bila dah sampai had barulah pihak Google bayar pendapatan saya. Tapi kena tunggu 21 hari selepas dah capai had pembayaran barulah pihak google proses pembayaran anda. Dan kita akan terima emel pemberitahuan daripada Google tentang pembayaran yang telah dibuat.

Oh ya, saya pilih cara pembayaran melalui Wire transfer. Ianya lebih mudah dan cepat. Pembayaran dari pihak Google akan direct masuk ke akaun kita dalam tempoh 5 hari bekerja tanpa perlu kita nak tunggu cek bagai dari oversea nun. Setakat ini pembayaran belum masuk lagi ke dalam akaun saya. Kena bersabar menunggu untuk 5 hari lagi. Insyaallah dengan pendapatan Adsense pertama saya ini, saya akan guna untuk membeli aircond di rumah pertama saya. Sekurang-kurangnya nampaklah kan ke mana tuju hasil pendapatan pasif saya dalam blogging ni.

Kepada anda yang masih berusaha nak capai pendapatan atau hasil income Adsense anda, kena rajin update blog dengan isu semasa atau apa-apa info menarik ya. Insyaallah, makin banyak info yang anda update, makin tinggi traffic atau pengunjung ke blog anda. Semoga rezeki kita makin mencurah selepas ini. Amin..
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Pembayaran Pertama Dari Google Adsense Melalui Wire Transfer"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top