Powered by Blogger.

Resepi Mudah Sup Tofu Cendawan Yang Sedap

Resepi Mudah Sup Tofu Cendawan Yang Sedap

Ramadhan ke 12 hari ini. Setelah berkurun lamanya stok tofu telur dalam peti sejuk, akhirnya baru hari ini saya mempunyai semangat dan kekuatan untuk buat Sup Tofu Cendawan yang super mudah dan sedap ini. Jom memasak.

Sup Tofu Cendawan
Bahan-bahan:
3 bungkus Tofu telur
4 ulas bawang putih (dipotong halus)
1 tangkai cili besar (dipotong kecil)
Bunga kobis putih (ikut banyak mana nak letak)
6 biji fishball (dipotong 2)
5 biji Cendawan kering (direndam dan dipotong kecil)
1-2 cawan air
1-2 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan air)
1-2 sudu kecil garam
1 biji telur
5 sudu makan sos tiram
Minyak untuk goreng Tofu
Cara-cara:
1. Goreng Tofu sehingga kekuningan dan garing.
2. Guna minyak lebihan goreng Tofu untuk menumis. Tumis bawang putih dan cili hingga kekuningan.
3. Masukkan fishball, sayur kobis dan cendawan.
4. Masukkan sos tiram dan gaul rata.
5. Masukkan 1-2 cawan air. Biarkan mendidih. Letak garam dan rasa cukup atau tak.
6. Masukkan telur sambil terus mengacau.
7. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan gaul rata . Biarkan hingga mendidih. Tambah air sekiranya terlampau pekat.
8. Akhir sekali masukkan Tofu. Gaul seketika dan siap untuk dihidang.
Sup Tofu Cendawan
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Resepi Mudah Sup Tofu Cendawan Yang Sedap"

Wow nmpak mengancam. Tak pernah makan lagi sup tofu ni. :)

Try la ain. Favourite saya ni klo dinner kat hotel..

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top