Powered by Blogger.

Ramadhan 2016

Assalamualaikum..

Agak menyepi di awal bulan Jun ini. Bukan menghilang tetapi mencari kekuatan jiwa yang terbang entah ke mana. Selamat menyambut ramadhan kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga di serata dunia. Acah macam ramai beno je pembaca di blog aku ni. Tahun 2016 ini 1 Ramadhan jatuh pada 6 Jun 2016 bersamaan hari Isnin. Dan pada keesokkan nya sahabat aku, selamat bersalin anak pertama. Syukur Ya Allah. Seronok dan rasa bahagia je tengok sahabat aku tu dah punya baby untuk dibelai dan dimanja. Itulah, siapa lah kita nak mempersoalkan kerja dan percaturan Allah. Tipu aku kata aku tak sedih. Bukan cemburu, tapi jiwa aku masih lagi kosong dan masih lagi nak mencari kekuatan. Kenapa, dan kenapa? Moga Allah kuatkan iman ku. Kuatkan hati dan jiwa ku. 


Hari ini adalah hari ke 25 aku berpantang selepas pembedahan laporatomy iaitu pembedahan bagi membuang tiub falopio sebelah kanan aku, disebabkan janin menempel di tiub dan dah pun pecah. Itu lah kita kata, langit takkan selalu cerah. Kegembiraan aku dan suami kali ini pun tidak lama, walaupun sudah dapat detect kantung baby pada scan kali pertama, rupanya janin menempel di luar rahim. This is my second pregnancy. Rasa takut, khuatir dan bingung sangat-sangat menghantui kepala otak ni sekarang. Moga Allah perkuatkan jiwa aku dalam mengharungi setiap dugaanNya. Jujur aku katakan, aku dah tak mampu lagi dengan apa-apa dugaan yang mendatang. 


Akhir kata. Salam Ramadhan. Dan hargai setiap detik anda bersama dengan insan tersayang.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Ramadhan 2016"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top