Powered by Blogger.

Resepi Mudah Ayam Masak Kunyit

Resepi Mudah Ayam Masak Kunyit

Ramadhan ke 11 hari ini teringin pula nak makan Ayam Masak Kunyit. Resepi ayam masak kunyit ni adalah yang paling mudah, ringkas bahannya dan sedap. Jom terjah resepi dan cara membuat Ayam Masak Kunyit ni.

Resepi Mudah Ayam Masak Kunyit

Bahan-bahan:
1 ketul bahagian dada di potong kecil /600gram ayam
2-3 sudu kecil serbuk kunyit
1-2 sudu kecil garam
3 tangkai kacang panjang dipatah kecil
1 labu bawang besar dipotong bulat
2 ulas bawang merah dipotong kecil
1 ulas bawang putih dipotong kecil
1 cili merah dipotong panjang
Minyak untuk menggoreng ayam

Cara-cara:

1. Peram isi ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama lebih kurang 5 -10 minit.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan Goreng isi ayam sehingga kekuningan. Setelah semua isi ayam sudah masak, ketepikan dahulu dari kuali.

3. Tinggalkan sedikit minyak lebihan goreng ayam tadi untuk menumis bawang.

4. Tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga naik bau.

5. Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi dan sayur kacang panjang. Tambah garam untuk perasa. Gaul rata hingga sayur kacang masak.

6. Siap untuk dihidang.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Mudah Ayam Masak Kunyit"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top