Powered by Blogger.

Tangga Nostalgia Puaka!

Actually tangga ni tidak lah sepuaka seperti tajuk entri ni sangat pun. Puaka sebab tangga ni meninggalkan memori pahit dan manis bila dikenang. Kenapa? Sebabnya, aku ingat lagi pada hari itu, aku pakai kasut kerja baru dan sebab nak menjenguk rakan sekerja yang tengah berparti makan kat bawah, aku dengan anggun turun ikut tangga ni. Entah macam mana aku boleh terlupa step paling last ada perubahan sikit pada anak tangga tu, aku terjatuh dan tersembam ke muka bumi dengan satu lutut aku terperosok masuk dalam longkang kecil tu.

 Serius, waktu tu aku langsung tak sakit. Yang aku ingat muka-muka diorang kat bawah kolong tu terkejut babun sambil tangan lagi satu tengah pegang chicken wing. Haha. Waktu aku masih tersembam tu, seorang pun dari mereka tak berani berbunyi mahupun gelak. Bila tengok aku dah angkat, duduk dan gelak, baru mereka bantai gelak. Binawe betul. Sampai sekarang, kalau jumpa geng-geng keras dari sama opis, diorang akan ingatkan aku dengan kisah tu.

Yang bestnya, lepas jatuh aku sempat pergi hospital buat kerja dan lepas balik tu, tiba-tiba kaki aku sakit dan tak dapat nak jalan. Memang menangis aku. Sebab rupanya kaki aku terseliuh. Dilanyak juga bawak berjalan. Encik tunang merangkap husband aku sekarang yang ambik aku dari tempat kerja dan bawak ke klinik Hasani. Serius, memang bagus rawatan kat klinik ni. Lepas sehari dua , kaki aku dah ok tanpa perlu aku berurut. Sakit juga rupanya terseliuh.. huhuhu. Ok lah. Bye tangga Nostalgia. Haha.
Tangga Nostalgia Puaka
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tangga Nostalgia Puaka!"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top