Powered by Blogger.

Resepi Mudah Biskut Roti Coklat Nestum

Resepi Mudah Biskut Roti Coklat Nestum
Rasa-rasanya kalau hari raya nanti, kita hidang biskut roti coklat Nestum ni ok tak?? Tengok tengah viral biskut roti ni yang dibakar terlebih dahulu dan seterusnya dicelup coklat dan disalut dengan Nestum . Jom, usya cara saya buat biskut yang mudah tapi sedap ni. Berbaloi-baloi.

Resepi Mudah Biskut Roti Coklat Nestum

Bahan-bahan:
Roti Bantal (1 bungkus besar)
Coklat Bar Masakan 250 gram
1 tin Susu sejat cair

Cara-cara membuat:
1. Potong roti seperti dalam gambar dan susun atas dulang. Setelah siap, bakar roti dalam oven dalam 150°c selama 20 minit .

2. Sambil tunggu roti siap, double boil coklat masakan dan campur dalam 4 sudu besar susu sejat. Gaul sebati.

3. Setelah roti siap dibakar, celup roti di dalam coklat dan disalut dengan Nestum. Selepas salut dengan nestum, susun semula biskut di dalam dulang.

4. Siap disalut coklat dan Nestum, bakar semula biskut selama 20 minit, 150°c. Setelah siap, biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
See, senang kan.. mudah sangat. Adik-adik sekolah rendah pun boleh buat. Selamat mencuba guys.
Biskut Roti Coklat Nestum
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Mudah Biskut Roti Coklat Nestum"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top