Powered by Blogger.

Resepi Ringkas Roll Sardin

Resepi Ringkas Roll Sardin
Ramadhan ke 15, disebabkan terdapat banyak baki roti yang expired keesokkan nya, terpaksa lah saya merajinkan diri yang malas ni membuat roll sardin.

Bahan yang diperlukan:
1 bungkus Roti Bantal
1 tin kecil sardin kingcup. Terpulang nak guna brand apa pun. Isi di lenyek kecil.
1/2 labu bawang besar (potong kecil)
1 tangkai cili merah (potong kecil)
1 biji telur (dikocak)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuat Roll Sardin:

1.  Tumis bawang besar dan cili merah sehingga naik bau.

2. Masukkan sardin beserta kuahnya ke dalam tumisan tadi. Gaul rata dan biarkan sekejap. Selepas itu tutup api. Biarkan Sejuk.

3. Lenyek roti. Kalau takda penggiling, anda boleh guna cawan untuk melenyek roti tu.

4. Letak isi sardin ke atas roti dan golong. Tekan pada hujung golongan roti untuk pastikan roti melekat. Buat sehingga habis roti.

5. Panaskan minyak untuk menggoreng roll sardin. Masukkan roti ke dalam bancuhan telur, dan goreng. Goreng hingga kekuningan dan garing.

6. Sedia untuk dihidang.

Makan roll sardin ni sedap makan bercicahkan Sup cendawan atau kalau takda Sup, boleh je cicah dengan sos . Makan begitu sahaja pun sedap.
Selamat mencuba.
Roll Sardin
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Resepi Ringkas Roll Sardin"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top