-->

Amal Susu Kambing Dan Kurma Ikhtiar Hamil

Amal Susu Kambing Dan Segenggam Kurma Ikhtiar Hamil

Salah satu ikhtiar untuk hamil yang lama sudah saya ketahui tapi baru sahaja diamalkan adalah dengan meminum susu kambing fresh dan diblend dengan 7 biji kurma. Dah minum memang sedap.

Rupanya saya tersilap, bila tengok video ikhtiar hamil yang sahabat fb viralkan, baru saya tahu rupanya cara nak buat susu kambing dan kurma yang betul. Amalan yang sebetulnya adalah guna seliter susu kambing, segenggam kurma suami, segenggam kurma isteri, blend dan perlu dihabiskan dalam satu hari tu.

Cara yang lebih terperinci adalah:
1. Sediakan 1liter susu kambing fresh dan sekilo kurma kering yang liat. Taknak yang basah-basah tu.

2. Suami ambil segenggam kurma dan isteri ambil segenggam kurma.

3. Buang biji kurma dan letak dalam blender dan masukkan 1liter susu kambing. Blend kan.

4. Tuang susu kambing yang dah diblend ke dalam cawan dan sebelum minum selawat dan baca surah Maryam ayat 1-12.

Insyaallah lepas ni saya akan beli semula susu kambing dan cari kurma yang jenis liat tu. Sebab haritu saya guna kurma yang basah, sebab nak sedap punya pasal. .

Baca juga:

0 Comments



Emoticon