-->

Resepi Macaroni Chicken Cheese

Resepi Macaroni Chicken Cheese
Meh nak share resepi Super duper sedap, iaitu Macaroni Chicken Cheese. Jom terjah. Bahan pun ringkas dan cara buat pun mudah. Seperti biasa la admin luarteko ni tak suka resepi yang leceh-leceh ni.

Resepi Macaroni Chicken Cheese

Bahan-bahan untuk
Buat Macaroni Chicken
Cheese

Bahan-bahan:
500 gram macaroni
1 ulas bawang besar cincang kecil
6 ulas bawang putih cincang kecil
500 gram daging ayam cincang
200 gram sayur campur
1 botol medium Sos Spaghetti Kimball
Lada hitam kasar
1 tin cendawan butang dihiris halus
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan bila dah panas tumis bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan daging ayam cincang dan gaul rata.

3. Masukkan sayur campur dan cendawan butang. Masukkan sedikit lada hitam kasar. Gaul rata.

4. Masukkan sos Spaghetti kimball dan gaul rata.

5. Masukkan macaroni yang telah direbus dan gaul rata hingga masak.

6. Letak campuran macaroni yang sudah masak ke dalam bekas dan tabur morazella cheese pada bahagian atas.

7. Bakar pada suhu 160-170'c selama 30 minit. Ikut kesesuaian oven masing-masing ye .

8. Siap untuk dihidang. Sedap dimakan panas-panas.
Macaroni Chicken Cheese

Baca juga:

0 Comments



Emoticon