Lunch di Warung Nusantara, Kuching
Cerita minggu ini, waktu lunch, saya dan dua kawan pergi bersantap di Warung Nusantara. Warung nusantara ni terletak bertentangan dengan Pullman dan betul-betul bersebelahan dengan UTC Sarawak.
Ini adalah kunjungan pertama saya ke warung nusantara ni. Apa yang boleh saya katakan, lauk-lauk di sini sangat banyak dan terdapat banyak lauk pauk yang sangat menyelerakan.
Selain lauk, sambal-sambal di sini juga pelbagai variasi dan yang penting sedap. Oklah, menu yang saya ambil untuk makan tengahari saya adalah udang kecil goreng, masakan sotong, tomyam perut, dan juga tempe goreng. Harga untuk set makan campur saya ini termasuk nasi adalah RM8.00. Bagi saya harga ni sangat berbaloi-baloi. Dan yang pasti warung nusantara ni akan jadi port utama saya untuk lunch selepas ni.
Ohya, Branch lain Warung Nusantara ni ada juga di Icom Square. Kat sana pun macam happening juga lauk pauk nya. Anda wajib cuba!!!
0 Comments