-->

Hasil Pendapatan Pasif Google Adsense ke 2

Hasil Pendapatan Pasif Google Adsense ke 2

Hasil daripada pendapatan Google Adsense kedua yang telah saya perolehi pada 23 Oktober 2016 yang lepas, saya telah menggunakan sebahagian daripada duit pendapatan tersebut untuk membeli 'Stand Mixer'. Yelah, sekurang-kurangnya nampaklah juga hasil daripada usaha berblog ni, dapatlah jugak pendapatan pasif dengan meletak iklan Google Adsense di blog. Alhamdulillah, Allah buka pintu rezeki melalui dunia maya ni. Siapa cakap ber blog ni buang masa?? Dalam tempoh setahun lebih ni saya dah dapat lebih kurang RM800 hasil pendapatan blog saya ni.

Oklah, 'Stand Mixer' yang saya beli ni jenama Elba dan harga promosi adalah RM124 di Sen Heng. Menurut salemen situ, kalau kita tambah untuk replacement warranty (2 tahun) hanya perlu tambah RM5. Kelebihan replacement warranty tu adalah dalam tempoh 2 tahun sekiranya barangan tersebut rosak, kita boleh terus tukar dengan yang baru tanpa perlu susah-susah nak hantar untuk dibaiki. Bagus kan. Kat sen Heng je ada kelebihan ni tapi perlu topup sedikit la harga, tak mahal pun , rm5 sahaja.

STAND MIXER jenama Elba yang saya beli ini mempunyai 5 kelajuan atau speed. Kelebihan lain dia adalah rotation bowl dan mixer tersebut dapat dibuka dari body. Yelah kalau kita nak pegang sendiri pun boleh mixer tu Macam yang biasa tanpa Stand tu. Satu lagi yang best bila beli kat sen Heng ni dengan harga member saya dapat beli stand mixer tu dengan harga promosi RM104 sahaja termasuk replacement warranty. Murah. Sepatutnya bajet saya dalam rm150 untuk stand mixer ni. Rezeki saya hari ini dapat beli dengan harga jauh lebih murah.

Nanti saya akan review performance stand mixer jenama Elba ini ok. Ok ke tak ok, kena tunggu projek kek saya lepas ni la. 

Stand Mixer Elba

Baca juga:

0 Comments



Emoticon