-->

Beli Susu Kambing Fresh di Kuching

Beli Susu Kambing Fresh di Kuching

Kalau tak sebab ikhtiar untuk hamil ni, memang tak la saya nak mencuba untuk minum susu kambing fresh ni. Rasa gerun nak cuba. Tapi perasaan gerun ni waktu sebelum minum ya.

Ok lah. Kat mana nak beli susu kambing fresh di Kuching ni? Satu persoalan yang saya sendiri tak tahu. Boleh nak Google, tapi macam tak yakin pulak takut susu kambing tu tak sedap ke apa. At last saya dapat tahu mana nak beli susu kambing fresh ni daripada bos saya. Jadi kalau anda nak beli SUSU KAMBING FRESH di Kuching ni saya sangat suggest beli dari Susu Kambing Abu Samah.

Boleh Google untuk dapatkan maklumat Susu Kambing Abu Samah ni atau add sahaja Facebook dia orang. Sebotol susu kambing fresh asli ni berharga RM8 (200ml). Beli 3 botol akan dapat harga RM20. Termurah setakat ni di pasaran Kuching. Terdapat dua perisa samada nak perisa asli atau strawberi. Kalau perisa strawberi berharga RM9 sebotol.

Meh saya nak review susu kambing asli yang saya beli ini. Sebelum nak minum saya hidu dulu bau susu ni, yelah orang kata hanyir,tu yang nak tau hanyir ke tak. First time teguk susu kambing ni dan telan, Perghhhh sedap rupanya susu kambing ni. Kalau tau, lama dah saya usaha minum susu kambing ni.  Sangat sedap tau , lagi-lagi bila kita blend dengan kurma, rasa macam minum air smooties pulak. Tak percaya, korang try la. Sangat tak menghampakan.

Kepada tokey Susu Kambing Abu Samah, susu kambing anda memang terbaik dan Sedap. Semoga bisnes akan bertambah maju. Aminnn..

Susu kambing Asli Abu Samah

Baca juga:

Tags:

0 Comments



Emoticon